Thursday, June 21, 2007

Bersamanya

.......Hingga ke saat ini aku begitu kesepian,ingin ku luahkan segala yang terpendam, sekian lama teramat menyiksakan, walapun ku cuba lari dari segalanya namun seakan sukar untuk dihindari, perasaan rindu serta sayang pada sesuatu yang pernah kurasai.

Setidak-tidaknya aku dapat menyimpan segala kenangan yang tersergam indah dalam ingatan..walaupun kini hanyalah tinggal serpihan harapan yang telah dilambung ombak karam dilautan berduri. Lalu kubawakan harapan ini sebagai panduan ke arah kehidupanku.

Kusemai benih kasih sayangnya bersama haruman kesetiaan dan kejujuran, lalu terbentuk nilai keikhlasan. Sukar untuk ku melupakan, walhal cukup aku sedari engkau telah pergi...Lagu yang kau perdengarkan padaku,lagu yang kau turut dendangkan..terlalu menghibakan ku...entah mengapa itu selalu kau putarkan..

SALAM TERAKHIR

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir
hatimu seluhur budimu

Begitulah aku yang mendengar lagu ini..lagu yang sering kau putarkan,biarpun kini tidak ku dengari gelak tawa suka duka mu bersamaku, namun setiap langkah perjalanaan hidupku ini ..engkau sentiasa ku bawa bersama dalam kenangan.

Terlalu banyak lagu berkisarkan hidup kita, lagu bertemakan kehidupan kita begitu aku terasa sendunya, walaupun engkau telah tiada,engkau bersemadi di sisi Nya.. Semoga dirimu tenang dan damai..sayang..Abah merelakan segalanya..Abah maafkan segalanya... Inilah ketentuan ALLAH yg Maha ESA....Abah tidak mahu Mama bersedih lagi.

Akan ku jaga pohon semangatmu padaku..akan ku sirami kebahagian yang telah kau curahkan, Ku yakin ada hikmah di sebalik semua ini... Segala memori kita bersama adalah cukup berharga....

Dirimu insan yang terbaik di dalam hatiku...

Saturday, June 16, 2007

Tiada Resah

.............Bersama mereka aku terasa terhibur,tiada merasakan kedukaan.....setiap luahan mereka mendengar....walaupun dalam kerinduan ku masih merasakan kebahagian..... ......Aku kini perlu menghadapi hakikat.....hakikat itu adalah kebenaran dan kepastian yang sememangnya SUDAH ketentuan.....Aku inginkan kehidupan yang mampu membuatkan merasai keindahan................



Manisnya Hidup Bersamamu...





...Bertuah rasanya bila memiliki sahabat seperti mereka yang mema
hami, terus terang aku kukatakan bahawa aku begitu segan terhadap mereka...sungguhpun begitu aku juga menganggap mereka terlalu istimewa.....
Hanya tuhan yang dapat membalas jasa dan budi baik korang semua...bagi aku... aku bersuara hanya demi sebuah kenyataan...demi kenyataan ini kau perjuangkan nilai persahabatan...




Segalanya inginku pelajari....





PETERPAN
~Semua Tentang Kita~

Waktu terasa semakin berlalu
tinggalkan cerita tentang kita
akan tiada lagi kini tawamu
tuk hapuskan semua sepi di hati

ada cerita tentang aku dan dia
dan kita bersama saat dulu kala
ada cerita tentang masa yang indah
saat kita berduka saat kita tertawa

teringat di saat kita tertawa bersama
ceritakan semua tentang kita

ada cerita tentang aku dan dia
dan kita bersama saat dulu kala
ada cerita tentang masa yang indah
saat kita berduka saat kita tertawa

(memori ku bersamamu)


Terima Kasih Atas Segalanya...
ikhlas aku untuk kamu semua...

for maksutimah and friends...
family....




Friday, June 8, 2007

Abadi

Kehadirannya dalam hidup aku begitu memberi erti yang amat mendalam, biarpun pahit untuk ditelan namun inilah kenyataan yang harus aku terima...masih terbayang senyuman yang terukir dibibirnya begitu penuh makna yang tersirat... dari dulu hingga ke nafasnya yang terakhir sungguh tiada kekurangan... jauh di sudut hati aku begitu merinduinya.

Aku sebenarnya tidak mahu meratapi pemergiaannya sebaliknya ingin melafazkan kerinduan dan mendoakan ketenangan terhadap rohnya di atas segala pengorban yang dia berikan terhadap kehidupan kami berdua yang sememangnya tiada ternilai..namun apakah daya aku hanyalah seorang lelaki yang amat mengasihi dirinya..kerana terlalu sayang aku tidak dapat menahan setiap titisan air mata yang mengalir deras di pipiku...hakikatnya tuhan lebih menyayanginya.

Aku bersyukur kerana arwah pergi dengan begitu tenang...

sepanjang bersamanya selama 5tahun amat bereti segalanya akan ku kenang saat suka dan duka dengannya..bagiku dialah segalanya...

sehingga kini dia seakan-akan sentiasa menemani aku setiap perjalanan aku...saat ini aku redha dan pasrah..dahulunya kurasakan begitu sepi dan keseorangan..hadirnya dia dlmhidup aku tidak diduga dan kepergiaannya juga tidak kusangka-sangka...

kudapat merasakan sedia yg beliau lakukan terhadapku adaah penuh dengan kasih dan sayang..tidak luak segalanya dicurahkan.,belaian dan suara manja pada setiap malam begitu mendamaikan keluhan rasa di jiwa..tiada bebannya yg kurasakan..segalanya dikongsi bersama..

apa yang aku tertawan dengannya adalah sikap peramahnya,kata-kata semangatnya yg disuntik kedalam jiwaku hingga secara tidak langsung mampu mencorakkan hidup aku yang dulunya tiada bertujuan...

jasanya begitu besar...tidak dpt dibandingkan dgn apa sekalipun..terus terang aku katakan aku amat mengaguminya...ku meninggikannya dlm hati aku..bertakhta sekian lama...dialah org tersayang....sungguhpun aku kadangkala sering melukakan hatinya namun sikap penyabar dan tenangnya membuatkan aku akur dan kalah pada kelembutan belaian perasaan yg arwah buaikan..tidak pernah langsung dia membebankan jiwa..malahan terus menerus menyokong segala yang aku lakukan...ekoran itu aku sentiasa rapat..sentiasa ingin bersamanya walau kemana dan dimana....

Sikap ambil berat dan ambil tahunya padaku membuatkan aku terus merasa disayanginya...
positif dlm segala macam...kerajinan dan kesungguhannya membelai setiap sudut hati aku...
melaluinya aku mampu berdepan dengan kebenaran..berdepan dengan cabaran..
aku mencuba melakukan yg terbaik pada dirinya..dia juga pernah berkata "tiada sesiapa dpt mengantikan aku dlm hatinya" sebelum pemergiannya arwah berkata "dia tidak akan bercinta lagi selain aku"rupanya inilah kebenaran..dia..dia pergi utk selamanya...

Tapi aku terus merinduinya....

sehat sakitnya aku begitu rapi dia menjaga..dari segala hal..hinggalah ape dan bagaimana cara aku...sungguh x kusangka dia begitu memahami aku...

aku cukup berterima kasih padanya kerana menjaga aku dengan baik...kebahagian dengannya begitu terasa...terlalu banyak kenangan bersamanya...

abah...mama akan melakukan terbaik mungkin utk abah,walaupun abah akan membenci dan tidak mempercayai mama sekalipun..mama akan tetap sayang abah" kata-kata ini dia telah membuktikan kesetiaannya pada aku..hakikatnya..aku tidak membencinya...tidak pula sesekali tidak mempercayainya......

"mama tak nak abah susah,mama x sanggup tengok abah macam dulu lagi"
aku berubah kerana semangatnya... "abah, kalau mama dah tak ada dalam hidup..abah jangan jadi macam dulu ye..janji dengan mama ye bah" aku tersentap kerana keadaanya masa itu begitu sehat..dan aku tersentap lagi kerana mungkin dia nak tinggalkan aku kerana ada pengganti lain... "janganlah abah sakitkan hati org lain...,biarlah ape org nak buat kat kita,,kita jangan buat kat org lain..." arwah sentiasa ingatkan aku...sentiasa nasihati aku...

dia korbankan segala-galanya demi aku..arwah mempertaruhkan hati dan perasaanya pada aku...dan aku tidak mahu dia tidak dpt merasa kasih sayang aku..memang aku terlalu sayang pada dia...terlintas difikiran utk bertanya padanya "mama...mama bahagia tak hidup dengan abah??" tanya aku ..."mama bahagia sgt-sgt...walaupun org cakap abah macam-macam sekalipun,mama tetap syg kan abah" ....aku menangis ketika itu juga..namun aku tak mahu dilihatnya...dia bertanya..."abah nangis ke? kalau abah sayangkan mama..abah jgn nangis"

....hidup kami bahagia sgt...dengan sikap peramah dan mesranya... dia mampu berkawan dgn sesape sahaja..mampu berdepan segalanya...begitu cekal sekali jiwanya...

melaluinya aku juga mampu berdepan dengan kawan2...

......setelah pulang ke kl sekembaliny dari kampung halaman aku...kami ke rumah maksutimah..memberi ole-ole pada teman-teman di sana.....arwah begitu baik dengan diorang....semasa perjalanan pulang....arwah berkata "abah...tengoklah mama ni...walaupun kita susah..mama x nak tunjukan kat org..biarlah org tgk kita sentiasa senyum gembira je..biarlah semua ni kita je yg rasa" arwah berpesan.." abahkenalah sentiasa senyum...tengok diorang tu pun baik-baik je dengan kita..." 2 hari sebelum arwah pergi....memang aku akui tersentap...kesahihan aku akan perubahannya menjadi bukti kebenaran...aku merasakan sesuatu yg tak kena sejak sebelum aku pulang cuti ke kampung dipantai timur lagi kerana adik lelaki aku nak kawin....tapi aku abaikan saja krn ini mungkin mainan perasaan aku je...

ternyatalah arwah telah mengetahui segalanya terlebih dahulu...
arwah hanya dimasukan kad wad HKL hanya 1hari pada tengah hari bertarikh 6.6.2007 semalam aku menjaganya dengan penuh sedih yg teramat sgt....tak dpt aku ganbarkan....pada sebelah petangnya itu kawan kita maksutimah dtg bersama fzzul,archmal dan kelvin melawat arwah..wajah arwah berubah ceria pada masa tu..gembira...dlm masa sama amir kawan kitaorang call bertanyakan khabarnya...kekawan lain kirimkan sms bila dpt tau dia terlantar dihospital... arwah menghembus nafasnya terakhir selepas subuh setelah sempat menemui ibu bapa tersayang..saat itu aku menitis air mata x dpt menahan sebak... bila terdengar arwah berkata pada ibunya "mak...pegang tangan along mak....pegang kuat-kuat..jangan lepaskan" arwah menghembus nafas terakhirnya dengan tenang...pada jam 7pagi pada 7.6.2007......

arwah dikebumikan di negeri kelahirannya di johor...
kami semua bersama dengannya.

Alhamdulillah....selesai segalanya...aku terharu dan tersentuh yg amat sgt...akutelah kehilangan dia tetapi aku tidak kehilangan semangatnya..terima kasih mama...mama melayan abah dengan terbaik.....

aku juga amat bertuah sebab mempunyai sahabat seperti mereka....

terima kasih pada semua.. dan jika sesiapa yg mengenalinya ..harap halalkan mkn minum dia
..jika ada salah dan silap arwah harap dimaafkan...

aku merayu pada semua...........

Doakan Arwah....