...Entah mengapa aku rase amat sedih sekali selepas nmenerima panggilan telefon dari ibu arwah...
sejauhmanakah dan setinggi manakah harapan arwah dan juga ibunya terhadap kehidupan ini,
aku memang tidak dapat meneka perasaan ibunya kertika ini kerana semasa dalam talian yang aku terima hari ini,terdengar suara sayu dan pilu membisik lembut dengan membahaskan kata kata rindu... aku cuba berdalih menceritakan hal hal lain..danaku juga cuba menyembunyikan perasaan aku sendiri bahawa aku juga begitu rindu padanya...
..apatah lagi seorang ibu..perasaan seorang ibu yg melahirkan,menyusukan dan membesarkan anak-anaknya..maka setelah hampir satu bulan ...dan pada tanggal 7.7.2007 maka genaplah satu bulan dia pergi jauh meninggalkan kami semua...aku cuba menenangkan ibunya..seorang ibu yg amat tabah berdepan dengan situasi yg rumit ketika itu..namun kadangkala naluri seorang ibu tidak dapat lari dari kehendak kasih sayang yg dirinduinya.....
..Insan yg bergelar anak merupakan penyeri sesebuah keluarga...dan sebuah keluarga itu terlalu istimewa...tatkala kebahagian sudah mula dirasakan....hari demi hari yg dilalui....wajah seorang ibu yg tenang ketika mula berhadapan dengan arwah ketika pula ianya pergi buat selamanya kini merasakan satu kehilangan yg amat besar.... Aku akui bahawa aku hingga ke hari ini selalu berendam air mata apabila mengenangi saat indah bersama.....
Aku......aku juga begitu bertuah kerana arwah memeliki seorang ibu yg cukup baik sekali..aku kagum kerana arwah mewarisi sikap ibunya yang penyanyang.....aku bersyukur dengan rahmat nya aku bertemu dengan ibunya yg selama ini belum pernah aku temui....
...Saat ini juga aku selalu menenangkan ibunya yg semakin hari semakin rindu ..aku juga begitu...dengan kenyataan ini aku x dpt lari....sebab kenyataan yg merupakan sebuah hakikat yg perlu diterima.....
Mak, aku menganggap mu seperti ibu kandungku sendiri....
"kata-kata yg terpendam di hati"
Thursday, July 5, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment